Sabtu. 10.10.2026 cuaca di bandar Ho Chi Minh hujan disebelah petang menyebabkan agar sukar Atie untuk berjalan kerana jalan yang sesak dan cuaca lebat dan renyai silih berganti. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sampai juga untuk menimba pengalaman. Atie berharap  satu hari nanti di Malaysia wujud book street atau booktown kan. Sebenarnya ini juga salah satu tarikan kepada negara luar kerana kalau kita lihat korea dan Jepun sudah mengangkat budaya ini sebagai satu tarikan pelancong disamping membudayakan aktiviti membaca.  Hanya ada 2 kedai buku terpakai berbahasa Inggeris selain dari itu adalah kedai buku bahasa vietnam dan kedai cenderehati. Dibelakang bookstreet ini pengunjung boleh membeli belah barangan lain seperti baju-baju dan barangan tempatan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *