Novel ini habis dibaca ketika dalam perjalanan mengikut suami business trip ke Ho Chi Minh. Memilih buku yang lebih santai yang tidak memerlukan catatan yang serius. Tahniah diucapkan kepada penulis, selepas membaca buku “Yang Paling Patah Antara Kita” ia membawa Atie kepada karya beliau yang lain iaitu novel “Matahari pun terluka. 

Sekali lagi penulis mengangkat tema kesihatan mental sebagai jalan cerita. Secara peribadi, ia merupakan satu jalan cerita yang menarik dan membawa pembaca kepada meneroka perkspektif  dan sudut pandang yang berbeza. Ia membawa Atie berfikir berhari-hari mengenai isu kesihatan mental dalam masyarakat.

Kisah seorang wanita muda bernama Kirana yang bekerjaya tetapi struggle dengan kehidupan peribadi yang dibina atas trauma semasa kecil. Perbandingan antara ahli keluarga dan jiran sekeliling. Ditambah dengan ujian jiran yang bermasalah, pengalaman kawan yang dipercayai yang membawa kepada putusnya hubungan. Di kala hidupnya nampak sinar walaupun sedang diuji dengan ujian berat dengan sokongan seseorang yang istimewa, yang mengubah kehidupan Kirana tetapi akhirnya Kirana tersungkur juga. Pembaca akan cuba memahami apa yang dirasai oleh Kirana, dan bagaimana kesudahan hidupnya. Bagaimana agaknya Kirana bangkit semula membina kehidupan selepas ujian demi ujian.

Secara peribadi novel ini membawa Atie berfikir jauh meneliti pelbagai pespektif, bagaimana seseorang mampu mengisi ruang jika ujian yang sama di hadapi. Bagaimana masyarakat mampu diberikan pendedahan, bantuan pencegahan dan bantuan nasihat psikologi. Setiap manusia berbeza dalam menangani ujian dan kesedihan.

Kesihatan mental juga sama pentingnya dengan kesihatan fizikal yang lain. Jika makanan dan senaman antara faktor yang menyumbang kepada tahap kesihatan fizikal,  bagaimana pula sebuah keluarga boleh mencegah dari layanan emosi dan kata-kata yang boleh mencederakan mental dan emosi seseorang.

Jauh Atie merenung dan muhasabah agar Atie menjadi manusia yang lebih baik dalam menyantuni orang sekeliling dengan rasa empati dan kasih sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *